GROW SK MELAKA PINDAH 2014

17 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Meriah






Hari ini berlangsungnya sambutan haru guru peringkat sekolah.ianya bertujuan untuk meraikan jasa guru yang telah banyak menyumbangkan tenaga,masa dan fikiran untuk kejayaan anak bangsa.

Dimulakan dengan ikrar guru yang diketuai oleh En.Bashir.Diikuti dengan bacaan perutusan Menteri pelajaran dan Ketua pengarah pelajaran oleh Pn.Hjh.Jamiah bt Ismail (GPK 1) dan Pn.Ramlah bt Othman (GPK HEM) serta ucapan wakil murid oleh Adik taufiq bin Alias.

Majlis ini turut dihadiri oleh En.Abu Kasim bin Abd.hadi selaku wakil PIBG yang turut memberikan ucapan dalam majlis tersebut.Tuan Guru Dalam ucapanya menyeru murid-murid agar menghormati guru-guru sebagai ibubapa di sekolah.Selain itu beliau mengaharapkan agar jasa guru hendaklah dihargai sepanjang masa.

Perhimpunan rasmi itu berakhir dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa".
Jam 9.00 pagi acara sambutan diteruskan dengan sukaneka oleh guru-guru mengikut rumah sukan.Berbagai acara disediakan dalam sukaneka ini.

Kemuncak sambutan kali ini, Acara persembahan murid dan guru.Semua kelas telah membuat persembahan seperti nyanyian,sketsa,sajak dan nasyid.

majlis berakhir dengan pertukaran hadiah guru-guru dan acara cabutan bertuah.Terima kasih cikgu..

GAMBAR HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH






15 Mei 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Gotong - Royong Sempena Hari Guru





Bengkel Kemahiran Teknik Menjawab UPSR 2010

Telah berlangsung pagi tadi Bengkel Kemahiran Menjawab Soalan UPSR 2010 di Dewan SKMP. Ianya bertujuan untukmengaplikasikan teknik-teknik menjawab soalan UPSR dengan sebaik mungkin.
Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri diri murid-murid untuk berjaya dengan cemerlang serta membentuk diri murid agar lebih bijak menguruskan masa ketika menjawab UPSR dan dalam pembelajaran seharian.


Khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan


Ceramah teknik menjawab matematik oleh Tn.Hj.Adam


En.Mohd Isha b bakar sedang menyampaikan ceramah


Mengaminkan bacaan doa


Adik Mohd Adib mengacarakan majlis

13 Mei 2010

07 Mei 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39





Tanggal 7 Mei 2010, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 telah selamat diadakan.Ianya memberi peluang kepada ibubapa untuk memberi cadangan demi kebaikan anak-anak SKMP.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan aluan oleh YDP PIBG.Mengisi slot mesyuarat agung kali ini ialah persembahan dikir barat oleh Kelab Doktor Muda dan choral speaking oleh Persatuan Bahasa Inggeris.

Tuan Guru Besar dalam ucapannya juga telah menyentuh mengenai hala tuju SKMP yang memerlukan sokongan daripada ibu bapa.Perasmiannya telah disempurnakan oleh YB.Datuk Lai Meng Chong ADUN Kawasan Machap.

Turut disampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar cemerlang dalam UPSR 2009 dan Ko-kurikulum. Majlis berakhir jam 6.00 petang dengan acara cabutan bertuan.

06 Mei 2010

02 Mei 2010

Kejohanan Hoki MSSNM 2010

Kejohanan hoki Mssnm 2010 telah berlangsung pada 19 April 2010 yang lalu bertempat di Stadium Hoki MBMB Bukit Serindit Melaka.SKMP telah menghantar pasukan hoki perempuan buat pertama kalinya di bawah bimbingan EN.Suwardi Mohamad dan Pn.Saniah Arifin.

Walaupun tidak berjaya melangkah ke pusingan kedua, syabas kepada kepada pasukan hoki SKMP yang telah memberi saingan yang sengit dalam kejohanan tersebut.











K

Gambar-gambar kejohanan Olahraga MSSNM 2010






Panorama SKMP