GROW SK MELAKA PINDAH 2014

23 Oktober 2010

05 Oktober 2010

Hari Kantin...Meriah

Berbagai acara telah disusun sepanjang hari ini dalam menjayakan Program hari kantin peringkat sekolah.Dimulakan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Pn.Hjh.Hasnah binti Salam Pengerusi Yayasan Ahmar Melaka (YAAM).Murid-murid juga di hidangkan dengan ceramah anti dadah oleh Pn Fazila dari AADK dan ceramah keselamatan jalanraya oleh En,Jamaludin dari Cawangan Trafik Alor Gajah.

Acara jualan paling mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar. Setiap rumah sukan mengambil satu gerai untuk jualan.Berbagai barangan dujual antaranya nasi ayam , nasi berlauk, burger ,keropok lekor, ayam goreng dan minuman.

Program ini dapat melatih murid agar lebih kreatif dan kritis dalam mengendalikan aktiviti jualan.Di samping itu juga satu pameran telah diadakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan Klinik Kesihatan Daerah Alor Gajah.

Panorama SKMP