GROW SK MELAKA PINDAH 2014

24 April 2010

Majlis Pelancaran Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia






Hari ini 24 April 2010, berlangsungnya Majlis Pelancaran Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia serta Minggu PSS peringkat sekolah.

Ia betujuan untuk meningkatkan minat membaca dikalangan warga SKMP dan memberi pendedahan mengenai penulis-penulis tersohor di rantau ini untuk dijadikan model disamping memberi peluang kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan pembukuan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. jamiah bt Ismail (GPK 1).Berbagai acara telah diatur seperti pembacaan sinopsis penulis buku, demontrasi membalut buku, pembacaan buku cerita dan Penyamapaian hadiah kepada pembaca terbanyak .

Majlis di akhiri dengan nyanyian lagu "Budaya Membaca" oleh warga sekolah.

14 April 2010

Program Motivasi "Kendiri Gemilang"






Tanggal 10 April 2010 telah berlangsung program motivasi untuk murid-murid tahun 6 SK Melaka pindah.Program bermula jam 8.00 pagi itu dikendalikan oleh En.Salleh bin Harun(Guru bimbingan dan kaunseling) SK Air Baruk ,jasin Melaka.

Program tersebut berjaya menyuntik kesedaran para peserta yang terdiri daripada murid tahun 6 yang akan menempuh UPSR pada tahun ini.

Menurut Setiausaha program, Pn.Nurhanizah Mohamad berharap para pelajar mampu menunjukkan kecemerlangan diri dalam melakar kecemerlangan UPSR tahun ini.

Dalam ucapan penutup oleh Tn.Guru Besar " Saya yakin murid-murid tahun 6 ini akan mencapai target UPSR sekolah " ujarnya.

12 April 2010

Pertandingan Kelas Terbersih Minggu Ini

Keputusan pertandingan kelas terbersih minggu ini : Tahap 1 dimenangi oleh Tahun 1 Intelek manakala Tahap 2 dimenangi oleh Tahun 5 Intelek .

Penyampaian piala pusingan disempurnakan oleh Tn. Guru besar.Syabas kepada kedua-dua kelas yang memenangi pertandingan minggu ini.


08 April 2010

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA GURU : E-GTUKAR


PERTUKARAN JUN 2010.
Permohonan Pertukaran Guru antara Negeri, antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2010 untuk guru-guru DGA29, DG41, DG32(KUP) dan DG44(KUP) secara online bagi seluruh negara telah dibuka mulai 1 hingga 25 April 2010. Permohonan boleh dibuat menerusi Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) di laman PERMOHONAN PERTUKARAN GURU JUN 2010. Sila cetak 2 salinan borang yang telah dilengkapkan dan serahkan kepada Guru Besar dan Guru Data Sekolah.

Skuad Bolasepak SKMP..Kurang menyerlah






Kejohanan Bolasepak bawah 12 tahun Mssnm telah berlangsung selasa lepas di SK kesang Tua, jasin melaka.Namun skuad SKMP terpkasa akur dengan kekuatan pasukan lawan.

Pasukan sekolah tidak berjaya ke peringkat akhir apabila tersingkir di peringkat kumpulan.

Apa pun tahniah kepada pengurus pasukan En.bashir, jurulatih jemputan Pak Long serta guru-guru penasihat kelab bolasepak En.Mohd Khir.Pn .Maznah dan pn.Fauziyah yang telah berjaya membawa pasukan bolasepak sekolah ke peringkat negeri.

Usaha lagi..

Tahniah..kepada Atlet sekolah






Atlet SKMP berjaya merangkul 1 emas 2 perak dan 3 gangsa dalam kejohanan olahraga Mssnm baru-baru ini berlangsung di SMK Sultan Mansur syah Tampin.

Kontinjen SKMP seramai 18 orang bersama 3 orang guru pengiring iaitu En.Bashir ,Pn.Siti Noritah dan Pn,Zuarini yang berkampung selama 3 hari.

Tahniah kepada Adik Samsul yang mendapat pingat emas dalam acara lempar cakera, Adik Ismail berjaya meraih pingat perak dalam acara lari 100m dan 200m dan Adik Mohd Taufik pingat gangsa bagi acara jalan kaki.

07 April 2010

RENUNGAN UNTUK GURU

Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu miliknya, Pelita dan lampu segala, Untuk manusia sebelum menjadi dewasa; Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat, Alur kesetiaan mengalirkan nasihat, Pemimpin yang ditauliahkan, Seribu tahun katanya menjadi hikmat; Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca; Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya, Di sebuah sekolah mewah di ibu kota, Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu, Dia adalah guru mewakili seribu buku, Semakin terpencil hidupnya di ceruk desa, Semakin bererti tugasnya kepada negara; Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku, Budi yang diapungkan di dulang ilmu, Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat, Menjadi kenangan ke akhir hayat.
GURU OH GURU - USMAN AWANG

03 April 2010

Gotong-royong Perdana







SK Melaka Pindah telah mengadakan progran gotong-royong perdana peringkat sekolah yang berlangsung pagi hari sabtu (3 April 2010).

Program bermula seawal 8.00 pagi dengan acara senamrobik yang diketuai oleh Pn.Nurhanizah bt Mohamad dan Pn.Saniah bt Arifin.

Ianya disusuli dengan Pembahagian kawasan dan kumpulan yang terdiri daripada guru dan murid oleh Pn.Maznah selaku SU Program.

Jam 10.00 pagi semua peserta berhenti rehat untuk minum pagi dan disambung semula sejurus selepas itu.

Setelah penat membersihkan kawasan masing-masing program ditamatkan jam 12.00 tengahari.

Panorama SKMP