GROW SK MELAKA PINDAH 2014

27 Januari 2011

Majlis Persaraan GPK1..Gilang Gemilang
























Hari ini 27 Januari 2011 berlangsungnya majlis persaraaan Pn.Hjh.Jamiah bt Ismail GPK1 dalam satu majlis yang gilang gemilang.

Bermula seaawal 8.00 pagi dengan ketibaan tetamu jemputan.Tepat jam 9.00 pagi Pn.Hjh.Jamiah selaku yang diraikan tiba bersama suami tercinta disambut dengan paluan kompang ,pertunjukan silat dan perarakan bunga manggar murid-murid sekolah.

Semua tetamu yang hadir telah menikmati jamuan di khemah khas yang disediakan.Majlis diteruskan dengan ucapan oleh wakil murid, Yang Dipertua PIBG,Puan Guru Besar,Pn.Hjh.Jamiah dan wakil PPD.

Beberapa persembahan murid telah disajikan untuk tetamu seperti pencak silat,nazam dan deklamasi sajak.

Ianya diakhiri dengan persembahan multimedia perjalanan hidup Pn.Hjh.jamiah dan penyampaian hadiah..Terima kasih cikgu.

22 Januari 2011

19 Januari 2011

Guru Baru..

SKMP menerima seorang guru baru iaitu En.Jamil Hamzah bin Sazali yang bertugas di SK Ayer Paabas sebelum ini.Guru Pemulihan Khas ini telah memulakan perkhidmatan di sekolah ini.Semoga beliau dapat memberikan komitmen dalam tugas dan perkhidmatan beliau.

16 Januari 2011

Selamat Datang


Warga SKMP mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pn.Hamidah binti Ismail Guru Besar SKMP yang baharu.
Moga beliau akan meneruskan kesinambungan SKMP dan melonjakkan kecemerlangan demi kecemerlangan.

15 Januari 2011

Majlis Perpisahan Guru Besar







Tanggal 14 Januari 2011, warga SKMP merakamkan ucapan terima kasih dan jasamu dikenang kepada mantan Guru Besar Tuan Haji safie bin Jaafar yang telah bertukar ke SKTSAS.

Satu majlis telah diadakan sebagai meraikan pemergian beliau yang telah banyak menyumbang bakti di sekolah ini.

Sepanjang hampir 5 tahun beliau berada di SKMP, banyak jasa dan bakti beliau begitu cemerlang dalam melonjak pencapaian pendidikan .

Dalam majlis tersebut, Mantan Guru Besar Tuan Haji Safie telah menyerah tugasnya kepada Guru Besar yang baharu Pn.Hamidah bt Ismail dari SK Tebong..

13 Januari 2011

JASA MU DIKENANG...

MAJLIS PERPISAHAN

GURU BESAR

TUAN HAJI SAFIE BIN JAAFAR

TARIKH : 14 Januari 2011

Masa : 7.45 pagi
tempat : dewan skmp

Panorama SKMP