GROW SK MELAKA PINDAH 2014

28 Februari 2010

Ujian Prestasi 1


Selamat menjalani Ujian Prestasi 1 kepada murid-murid SKMP
pada 1 Mac 2010 .
Semoga anda telah mengulangkaji pelajaran dan
dapat menjawab dengan cemerlang.
Anda Pasti Cemerlang..Good Luck

25 Februari 2010

24 Februari 2010

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah







Majlis Pelantikan Doktor muda SKMP 2010


Kelab Doktor Muda ditubuhkan untuk memperkasakan pelajar-pelajar sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri dan rakan-rakan mereka.

Rabu 22 Februari 2010 , Majlis pelantikan Doktor Muda peringkat sekolah telah disempurnakan oleh Dr.Rozaimi bin Mohamad dari Pejabat Kesihatan Alor Gajah.

Terdahulu dalam ucapan beliau agar Kelab Doktor muda agar dapat bergerak aktif dalam membantu diri sendiri dan rakan-rakan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.

seramai 27 orang murid telah dianugerahkan watikah pelantikan Doktor Muda.Kelab Doktor Muda SKMP sekarang ini dipimpin oleh Pn.Zuarini bt. Basiran , Pn.Siti Noritah bt Tompang, Pn.Es Liza Adilla bt Amir dan pn.Nurul Waheeda bt Abd.hadi.

Foto-foto Majlis Pelantikan Doktor Muda SKMP 2010

Penyerahan watikah pelantikan


Dr.Rozaimi memotong riben simbolik acara perasmian



Doktor Muda SKMP 2010


Tuan Guru Besar bersama Dr.Rozaimi (tengah) dan Pn.Saadiah



Doktor Muda sedang melafazkan ikrar



Penyerahan watikah perlantikan disempurnakan oleh Dr.Rozaimi



Dr.Rozaimi b.Mohamad (kiri) bersama Pn.Saadiah
dari Pejabat Kesihatan Alor Gajah



Dr.Rozaimi sedang menyampaikan ucapan



Acara memotong riben tanda perasmian
perlantikan Doktor Muda 2010

Gambar-gambar Program Perjumpaan Ibu Bapa

ibu bapa sedang melafazkan ikrar



Adik Mohd Taufiq mengetuai ikrar murid



Sesi dialog antara ibu bapa dan pentadbir
serta guru-guru tahun 6



Antara ibu bapa yang hadir



Kelihatan Pentadir SKMP bersama YDP PIBG



ucapan En.Alias Nayan ( YDP PIBG )



Sesi Pendaftaran ibu bapa

Perjumpaan Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6 Dengan Pentadbir dan Guru-Guru Tahun 6 2010

Perjumpaan ibu bapa / penjaga murid tahun 6 dengan pentadbir & guru-guru tahun 6 2010 sebagai usaha untuk meningkatkan keputusan UPSR telah diadakan pada pada 11.Feb.2010 yang lepas di Dewan SKMP.

Program ini dapat memberi pengetahuan tentang perancangan program kecemerlangan UPSR kepada ibu bapa dan berkongsi pengalaman dalam mengambil berat tentang pembelajaran dan kejayaan anak-anak.

Majlis yang bermula jam 3.30 petang ini dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan YDP PIBG, ucapan Tn.Guru Besar .Ia juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk memberi pandangan dan harapan mereka dalam sesi dialog.

Majlis di akhiri dengan bacaan ikrar murid-murid tahun 6, guru-guru dan ibu bapa / penjaga sebagai kata penutup perjumpaan ini..

20 Februari 2010

17 Februari 2010

13 Februari 2010

Majlis Pelancaran NILAM






Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

Program NILAM SK Melaka Pindah telah dilancarkan pada 8 Feb.2010 oleh Tuan Guru Besar.

Ia merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.

11 Februari 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas,Pengawas PSS , Ketua dan Pen.Ketua Kelas 2010



















Ucapan Pengacara Majlis
















































Seawal jam 8.00pagi sesi pendaftaran peserta.



Kursus Kepimpinan Pengawas,Pengawas PSS ,Ketua dan Pen.Ketua kelas

Tanggal 6 Februari 2010 , Satu Program yang dirancang khusus untuk membina keyakinan dan kekuatan diri dalam mengasah bakat seorang pemimpin serta membentuk akhlak dan sifat-sifat mulia dalam diri murid.Kursus ini memberi pendedahan tentang pelbagai aspek yang perlu ada dalam diri dan minda pemimpin cemerlang.
Slot ceramah telah disampaikan oleh En.Shaudin bin Jalil, Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SK Bukit Rambai.Ianya melibatkan 95 orang peserta.Bermula seawal 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran. Para peserta di hidangkan dgn slot ceramah dan LDK. Sebaik saja selesai ucapan penutup oleh Tuan Guru Besar dan Penyampaian cenderahati kepada penceramah.Majlis ditamatkan tepat jam 12.15 tghri.

Panorama SKMP