GROW SK MELAKA PINDAH 2014

26 Mac 2010

Kawad kebakaran





Tahniah..Kita Juara

Pasukan bolasepak SKMP berjaya ke peringkat negeri setelah menjuarai peringkat kumpulan dalam pertandingan bolasepak 7 sebelah yang berlangsung di padang SK Gangsa semalam.

Syabas kepada Pengurus Pasukan En.Bashir dan Jurulatih En.ismail (Pak Long) serta para pemain yang bertungkus-lumus membuktikan kesungguhan mereka dalam mengharumkan nama sekolah.

Pasukan ini akan ke peringkat negeri yang di jadualkan berlangsung pada 6 April ini.
Selamat maju jaya untuk skuad bolasepak SKMP>





10 Mac 2010

09 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah






Selasa 9 Mac 2010,Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya.Panitia Pendidikan Islam diberi peranan untuk menjayakan majlis tersebut sempena minggu panitia dengan tema "Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah".

Berbagai acara telah disusun sepanjang minggu ini.Antaranya pertandingan mewarna poster,menulis khat,bercerita, tilawah Al-Quran, busana muslim dan nasyid.Turut dipertandingkan ialah sepanduk dan perarakan terbaik.

Majlis kemuncak telah dimulakan jam 3.00 petang dengan perarakan mengikut persatuan.Murid-murid berjalan sejauh 3Km melalui jalan kampung Melaka Pindah dengan bantuan polis trafik.Segalanya berjalan lancar.

Sejurus selepas itu,Para pelajar dihidangkan dengan persembahan nasyid,bercerita dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.Pemenang keseluruhan dimenangi oleh Kelab Doktor muda.

Para pelajar diagihkan bubuk lambuk yang di sediakan oleh guru-guru SKMP yang diketuai oleh Pn.Hjh.Khaslina..Terima kasih semua.

03 Mac 2010

Panorama SKMP