GROW SK MELAKA PINDAH 2014

19 November 2014

28 April 2014

MESYUARAT AGONG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN MELAKA PINDAH, ALOR GAJAH, KALI KE-43, SESI 2013-2014


Pada 11 April 2014 bersamaan hari Jumaat, Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-43 bagi sesi 2013-2014. Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka yang bermula pada jam 3.00 petang hingga jam 5.40 petang. Mesyuarat ini telah dirasamikan oleh YB Dato’ Koh Nai Kwong, Ahli Parlimen Alor Gajah.
Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka
Ucapan oleh Puan Azni binti Abdul Rahman, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah
Ucapan perasmian oleh YB Dato’ Koh Nai Kwong, Ahli Parlimen Alor Gajah


















09 April 2014

MESYUARAT AGONG PIBG  KALI KE 43
TARIKH: 11 APRIL 2014
HARI     : JUMAAT
MASA   : 2.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN SK MELAKA PINDAH
SEMUA IBU BAPA /PENJAGA  DIJEMPUT HADIR

22 Februari 2014

Mesyuarat Pelaksanaan Majlis Tadarus Al-Quran Kawasan Alor Gajah 2014

Khamis 20/2/2014 telah berlangsung mesyuarat pelaksanaan MTQ peringkat kawasan Alor Gajah bertempat di bilik mesyuarat SK Melaka Pindah .Mesyuarat tersebut bagi membincangkan perjalanan dan pelaksanaan MTQ peringkat kawasan yang akan berlangsung pada 8 Mac 2014 di SK Melaka Pindah.Antara acara yang akan dijalankan ialah Tilawah  , hafazan dan bercerita.Setiap sekolah dikehendaki menghantar peserta lelaki dan perempuan.
En.Shamsudin b Othman Penyelia kanan Pend.Islam PPD Alor Gajah dalam ucapan beliau mengingatkan bahawa MTQ ini sebagai tempat untuk mengasah bakat murid seterusnya membawa harapan kawasan ke peringkat negeri dan kebangsaan.







30 Januari 2014

PROGRAM TRANSISI DAN SUAIKENAL TAHUN 1 (2014) TARIKH:02 JAN-10 JAN OBJEKTIF PROGRAM: 1.Untuk meningkatkan penglibat ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah 2. Membantu ibu bapa melaksanakan tugas pertama dan paling utama iaitu mendidik anak-anak mereke. 3. Mengurangkan perbezaan pembelajaran supaya murid bersedia mengikuti program Transisi. 4. Memperkembangkan sosio ekonomi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran formal. 5. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. 6. Murid dapat belajar berdikari,tolong menolong, bertanggungjawab serta dapat menguasai 3M PELAKSANAAN: 1. Dijalankan selama 2 minggu bermula 02 jan hingga 10 Jan 2014. 2. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti nyanyian lagu tema, lawatan ke persekitaran sekolah, mewarna, menulis, pertandingan dalam kumpulan, membentuk pasukan untuk menjalinkan kerjasama antara pasukan dan sebagainya,. 3. Murid dipantau sepanjang program dijalankan. 4. Majlis Penutupan Program Transisi diadakan pada 10 Jan dan dirasmikan pentupannya oleh Pn Ramlah bt Othman (GPK 1). 5. Pada hari tersebut telah dianugerahkan pelbagai hadiah kepada murid tahun 1. Murid paling Berdidiplin: Muhammad Haziq Danial b Mohammad Norul Iman Murid paling Aktif: Said Hambali b Liman Murid Paling Paling Kemas: Muhammad Hazrul Armand b Abdullah Pertandingan Mewarna: Johan: Muhammad Najmi b Amzairy Naib Johan: Muhammad Nasrullah b Abdul Ketiga: Tuan Afifatul Mabrurah bt Tuan Mohd Azahar Kumpulan terbaik:(Kumpulan 3) -Said Hambali b Liman -Akmal Putra b Abd Rahim -Iman Fahrin Najmi b Nor Hadi -Muhammad Haziq Danial b Mohd Norul Hadi -Alin Qistina bt Md Zamran

Panorama SKMP