GROW SK MELAKA PINDAH 2014

04 Ogos 2010

Perkhemahan Badan Beruniform 2010






Tanggal 24-25 Julai lalu, satu perkhemahan telah diadakan di Pusat Kokurikulum daerah Alor gajah yang melibatkan 80 orang peserta terdiri daripada pasukan pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM), Puteri Islam dan Tunas kadet Remaja sekolah(TKRS)

Program yang bermula seawal 8.00 pagi itu dimuatkan pelbagai aktiviti yang memberi pengetahuan dan pengalaman kepada peserta.Antaranya ialah Jungle trecking, ikatan dan gajet, ikhitiar hidup, pertandingan persembahan dan kawad kaki.

Keseluruhan program berjalan lancar seperti yang dirancang dan mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru dan jurulatih yang berpengalaman.

Terima kasih semua.

Panorama SKMP