GROW SK MELAKA PINDAH 2014

04 Ogos 2010

Perkhemahan Badan Beruniform 2010






Tanggal 24-25 Julai lalu, satu perkhemahan telah diadakan di Pusat Kokurikulum daerah Alor gajah yang melibatkan 80 orang peserta terdiri daripada pasukan pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM), Puteri Islam dan Tunas kadet Remaja sekolah(TKRS)

Program yang bermula seawal 8.00 pagi itu dimuatkan pelbagai aktiviti yang memberi pengetahuan dan pengalaman kepada peserta.Antaranya ialah Jungle trecking, ikatan dan gajet, ikhitiar hidup, pertandingan persembahan dan kawad kaki.

Keseluruhan program berjalan lancar seperti yang dirancang dan mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru dan jurulatih yang berpengalaman.

Terima kasih semua.

17 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Meriah






Hari ini berlangsungnya sambutan haru guru peringkat sekolah.ianya bertujuan untuk meraikan jasa guru yang telah banyak menyumbangkan tenaga,masa dan fikiran untuk kejayaan anak bangsa.

Dimulakan dengan ikrar guru yang diketuai oleh En.Bashir.Diikuti dengan bacaan perutusan Menteri pelajaran dan Ketua pengarah pelajaran oleh Pn.Hjh.Jamiah bt Ismail (GPK 1) dan Pn.Ramlah bt Othman (GPK HEM) serta ucapan wakil murid oleh Adik taufiq bin Alias.

Majlis ini turut dihadiri oleh En.Abu Kasim bin Abd.hadi selaku wakil PIBG yang turut memberikan ucapan dalam majlis tersebut.Tuan Guru Dalam ucapanya menyeru murid-murid agar menghormati guru-guru sebagai ibubapa di sekolah.Selain itu beliau mengaharapkan agar jasa guru hendaklah dihargai sepanjang masa.

Perhimpunan rasmi itu berakhir dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa".
Jam 9.00 pagi acara sambutan diteruskan dengan sukaneka oleh guru-guru mengikut rumah sukan.Berbagai acara disediakan dalam sukaneka ini.

Kemuncak sambutan kali ini, Acara persembahan murid dan guru.Semua kelas telah membuat persembahan seperti nyanyian,sketsa,sajak dan nasyid.

majlis berakhir dengan pertukaran hadiah guru-guru dan acara cabutan bertuah.Terima kasih cikgu..

GAMBAR HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH






15 Mei 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Gotong - Royong Sempena Hari Guru





Bengkel Kemahiran Teknik Menjawab UPSR 2010

Telah berlangsung pagi tadi Bengkel Kemahiran Menjawab Soalan UPSR 2010 di Dewan SKMP. Ianya bertujuan untukmengaplikasikan teknik-teknik menjawab soalan UPSR dengan sebaik mungkin.
Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri diri murid-murid untuk berjaya dengan cemerlang serta membentuk diri murid agar lebih bijak menguruskan masa ketika menjawab UPSR dan dalam pembelajaran seharian.


Khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan


Ceramah teknik menjawab matematik oleh Tn.Hj.Adam


En.Mohd Isha b bakar sedang menyampaikan ceramah


Mengaminkan bacaan doa


Adik Mohd Adib mengacarakan majlis

Panorama SKMP