GROW SK MELAKA PINDAH 2014

09 Mac 2011

Sambuta Maulidur Rasul peringkat Sekolah 2011

Tarikh : 11 Mac 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan SKMP
Anjuran : Panatia Agama Islam dan Kelab Rohaniah

Busana Muslim










Sempena Sambutan maulidur Rasul peringkat sek tahun ini.Pagi tadi telah diadakan pertandingan busana muslim .Setiap kelas diwakili oleh seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan..kita saksikan wajah-wajah ceria memperagakan busana..

27 Januari 2011

Majlis Persaraan GPK1..Gilang Gemilang
























Hari ini 27 Januari 2011 berlangsungnya majlis persaraaan Pn.Hjh.Jamiah bt Ismail GPK1 dalam satu majlis yang gilang gemilang.

Bermula seaawal 8.00 pagi dengan ketibaan tetamu jemputan.Tepat jam 9.00 pagi Pn.Hjh.Jamiah selaku yang diraikan tiba bersama suami tercinta disambut dengan paluan kompang ,pertunjukan silat dan perarakan bunga manggar murid-murid sekolah.

Semua tetamu yang hadir telah menikmati jamuan di khemah khas yang disediakan.Majlis diteruskan dengan ucapan oleh wakil murid, Yang Dipertua PIBG,Puan Guru Besar,Pn.Hjh.Jamiah dan wakil PPD.

Beberapa persembahan murid telah disajikan untuk tetamu seperti pencak silat,nazam dan deklamasi sajak.

Ianya diakhiri dengan persembahan multimedia perjalanan hidup Pn.Hjh.jamiah dan penyampaian hadiah..Terima kasih cikgu.

22 Januari 2011

19 Januari 2011

Guru Baru..

SKMP menerima seorang guru baru iaitu En.Jamil Hamzah bin Sazali yang bertugas di SK Ayer Paabas sebelum ini.Guru Pemulihan Khas ini telah memulakan perkhidmatan di sekolah ini.Semoga beliau dapat memberikan komitmen dalam tugas dan perkhidmatan beliau.

16 Januari 2011

Selamat Datang


Warga SKMP mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pn.Hamidah binti Ismail Guru Besar SKMP yang baharu.
Moga beliau akan meneruskan kesinambungan SKMP dan melonjakkan kecemerlangan demi kecemerlangan.

Panorama SKMP