GROW SK MELAKA PINDAH 2014

20 November 2013

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2013

SKMP telah menjayakan Hari Kanak-kanak yang berlangsung dengan jayanya pada 29/10/2013 yang lalu.Berbagai acara telah dilaksanakan seperti persembahan murid dan pemilihan tokoh murid. Tokoh kana-kanak yang dipilih kali ini ialah Adik Nur Sarah Auni bt Shahabudin daripada Tahun 5 Inovatif.
MESYUARAT KURIKULUM KALI KETIGA 2013 TARIKH : 20/11/2013 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : MAKMAL SKMP SEMUA GURU DIWAJIBKAN HADIR

27 Jun 2013

Assalamualaikum Kem Bestari Solat kali ketiga 2013 Kump: 1 Tarikh: 1 Julai 2013 Hari : isnin 1.35 - 5.00 ptg Semua murid Tahap dua diwajibkan hadir

21 Mac 2012

Jemputan kepada Murid Cemerlang UPSR 2011

Perhatian: Murid-murid yang berjaya mendapat 5A , 4A dan 3A UPSR 2011

Sempena Mesyuarat Agong kali ke-41 Sesi 2011-2013,PIBG berbesar hati menyampaikan sumbangan di atas kejayaan tersebut pada ketetapan berikut:

Hari : Jumaat
Tarikh : 23 Mac 2012
Tempat : Dewan SKMP
Masa : 3.00 petang

Diharap anda atau wakil dapat hadir untuk menerimanya.Surat jemputan telah diedarkan.
(Pembetulan pada tarikh yang tertera dlm surat jemputan iaitu 23 Mac 2012 bukannya 23 Mei 2012.Harap maklum)

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41

Notis Mesyuarat Agong PIBG kali ke-41 Sesi 2011-2013 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Hari: Jumaat
Tarikh : 23 Mac 2012 (Jumaat)
Tempat : Dewan SKMP
Masa : 3.00 petang
Dirasmikan oleh: Tan Sri Dr Fong Chan Onn (Ahli Parlimen Alor Gajah)
Diharap semua ibubapa dapat hadir.Surat Jemputan telah diedarkan.

13 September 2011

22 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa dan Solat hajat UPSR






16 Ogos 2011 bersamaan 16 Ramadhan 1432,Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Majlis berbuka puasa dan solat hajat sempena UPSR 2011. Majlis bermula jam 6.3o ptg dengan bacaan Yasin dan tahlil.kemudian diteruskan dengan berbuka puasa dan solat maghrib.

Para jemputan yang terdiri daripada ibubapa dan murid tahun enam,AJK PIBG serta staf SKMP juga telah menunaikan solat isya',solat hajat dan solat terawih pada malam tersebut untuk memohon agar semua pelajar UPSR tahun ini diberikan kejayaan yang cemerlang.

Majlis diakhiri dengan ucapan YDP PIBG dan Puan Guru Besar.

Panorama SKMP