GROW SK MELAKA PINDAH 2014

09 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah






Selasa 9 Mac 2010,Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya.Panitia Pendidikan Islam diberi peranan untuk menjayakan majlis tersebut sempena minggu panitia dengan tema "Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah".

Berbagai acara telah disusun sepanjang minggu ini.Antaranya pertandingan mewarna poster,menulis khat,bercerita, tilawah Al-Quran, busana muslim dan nasyid.Turut dipertandingkan ialah sepanduk dan perarakan terbaik.

Majlis kemuncak telah dimulakan jam 3.00 petang dengan perarakan mengikut persatuan.Murid-murid berjalan sejauh 3Km melalui jalan kampung Melaka Pindah dengan bantuan polis trafik.Segalanya berjalan lancar.

Sejurus selepas itu,Para pelajar dihidangkan dengan persembahan nasyid,bercerita dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.Pemenang keseluruhan dimenangi oleh Kelab Doktor muda.

Para pelajar diagihkan bubuk lambuk yang di sediakan oleh guru-guru SKMP yang diketuai oleh Pn.Hjh.Khaslina..Terima kasih semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Panorama SKMP