GROW SK MELAKA PINDAH 2014

07 Mei 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39





Tanggal 7 Mei 2010, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 telah selamat diadakan.Ianya memberi peluang kepada ibubapa untuk memberi cadangan demi kebaikan anak-anak SKMP.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan aluan oleh YDP PIBG.Mengisi slot mesyuarat agung kali ini ialah persembahan dikir barat oleh Kelab Doktor Muda dan choral speaking oleh Persatuan Bahasa Inggeris.

Tuan Guru Besar dalam ucapannya juga telah menyentuh mengenai hala tuju SKMP yang memerlukan sokongan daripada ibu bapa.Perasmiannya telah disempurnakan oleh YB.Datuk Lai Meng Chong ADUN Kawasan Machap.

Turut disampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar cemerlang dalam UPSR 2009 dan Ko-kurikulum. Majlis berakhir jam 6.00 petang dengan acara cabutan bertuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Panorama SKMP